Dimaklumkan bahawa penutupan jalan laluan paling kanan di sepanjang Jalan Meru, Klang untuk kerja-kerja penyiasatan tanah akan dijalankan dari 29 Januari 2018 (Isnin) sehingga 28 Februari 2018 (Rabu).

Kerja-kerja penyiasatan tanah akan dijalankan berperingkat mengikut Fasa 1 dan Fasa 2 selama 24 jam. Fasa 1 akan bermula pada 29 Januari 2018 sehingga 19 Februari 2018. Manakala Fasa 2 akan bermula pada 20 Februari dan dijangka siap pada 28 Februari 2018.

Penutupan Laluan:

Fasa 1: Laluan jalan paling kanan akan ditutup buat sementara waktu bermula dari susur keluar Pasar Besar Klang sehingga ke persimpangan Jalan Pekan Baru 26.

Fasa 2: Penutupan laluan akan bermula di Yao Shan Fang (Klinik Perubatan Cina) sehingga ke persimpangan Jalan Pekan Baru 26.

Berikut adalah pelan pengurusan trafik Fasa 1 dan Fasa 2 di Jalan Meru, Klang:

Penutupan Fasa 1: 29 Januari 2018 sehingga 19 Februari 2018

Penutupan Fasa 2: 20 Februari 2018 sehingga 28 Februari 2018

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kami dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Dennis Li, Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam: 011 – 3919 1311

 

-->
Translate »