Dimaklumkan bahawa penutupan laluan paling kanan menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/Subang sepanjang Persiaran Kerjaya akan ditutup buat sementara waktu dari 12 Mac 2018 (Isnin) sehingga 31 Mei 2018 (Khamis).

Penutupan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja ujian tanah dan pengorekan yang akan dijalankan secara berperingkat di median jalan bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Pengaturcara U1/51 sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Hakim U1/24 bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 5:00 petang dan dari 8:00 malam sehingga 5:00 pagi.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
WL Hoon, Pengurus Projek: 019-6223228
Salehuddin Omar, Pengurus Pembinaan: 016-5670077
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam: 013-5755667

-->
Translate ยป