Dimaklumkan bahawa penutupan laluan akan dilaksanakan di sepanjang Persiaran Dato’ Menteri sejauh 1 km bermula selepas lampu isyarat persimpangan Persiaran Damai sehingga Shah Alam Convention Centre (SACC) dan penutupan juga akan berlaku di laluan paling kiri Persiaran Tasik  (menuju ke Pusat Bandar).

Penutupan laluan akan dilakukan selama dua (2) tahun dan akan bermula dari 5 April 2018 (Khamis) sehingga 5 April 2020 (Ahad) dan akan dijalankan secara serta merta di lokasi yang ditetapkan.

Penutupan Jalan:

  • Penutupan jalan akan bermula 140m sebelum lampu isyarat persimpangan Persiaran Damai sejauh 1 k.m sehingga Shah Alam convention Centre (SACC). Penutupan jalan akan bermula dengan penutupan laluan di hadapan Pejabat Pos Malaysia seksyen 12( menuju ke Pusat Bandar) dan penutupan jalan di kedua-dua arah akan bermula selepas pintu masuk Pejabat Pos Malaysia (menuju ke Pusat Bandar) sehingga di hadapan Shah Alam Convention Centre (SACC).
  • Trafik dari Persiaran Dato’ Menteri Seksyen 11 menuju ke Pusat Banda akan dilencongkan ke Persiaran Damai dan pelanggan Pejabat POS Malaysia boleh menuju ke pintu utama Pejabat POS Malaysia melalui Jalan Ikhtisas.
  • Penutupan laluan dari Bulatan Permai akan bermula selepas lampu isyarat di Persiaran Tasik sehingga Kompleks PKNS.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan disekitar Persiaran Dato’ Menteri:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

Rashid Ibrahim, Pengurus Projek: 03-552323727

Nur Adlina Abu Bakar, Penolong Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 03-552323727

-->
Translate »