Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang and Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat lencongan trafik di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah pada 26 Mei 2018 sehingga 31 Ogos 2020 untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan LRT3.

Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

Lencongan Trafik di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang (24 Jam)
Trafik (dari arah Klang) menuju ke Jalan Tun Abdul Razak, di hadapan Kuil Devi Sri Maha Karumariammam akan ditutup. Pengguna jalan raya dari Klang yang ingin menuju ke Jalan Tun Abdul Razak akan dilencongkan ke hadapan untuk membuat pusingan-U di hadapan Masjid Al-Rahimiah seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam: 017 – 388 9357

-->
Translate »