Adalah dimaklumkan bahawa lencongan laluan di sepanjang Lebuh Keluli, Shah Alam akan dijalankan dari 2 Jun hingga
1 Julai 2018 untuk Fasa 1 dan 2 Jun hingga 1 Disember 2018 untuk Fasa 2 bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan
projek LRT3.

Fasa 1 (2 Jun hingga 1 Julai 2018)
Lencongan laluan bagi lorong kiri akan bermula di persimpangan selepas Pharmaniaga Berhad sehingga ke laluan
masuk/keluar ke Lebuhraya Selat Klang (laluan menuju ke Klang dan Pusat Bandar Shah Alam). Trafik akan
dilencongkan mengikut arah anak panah HIJAU di dalam Peta 1.

Peta 1: Lencongan Laluan Fasa 1 (2 Jun hingga 1 Julai 2018)

Fasa 2 (2 Jun hingga 1 Disember 2018)

Lencongan laluan bagi lorong kanan akan bermula di simpang jalan berdekatan dengan stesen janakuasa TNB hingga
ke Pharmaniaga Berhad (laluan menuju ke Klang dan Pusat Bandar Shah Alam). Trafik akan dilencongkan mengikut
arah anak panah HIJAU di dalam Peta 2.

Peta 2: Lencongan Laluan Fasa 2 (2 Jun hingga 1 Disember 2018)

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku kepada orang awam.
Kerjasama anda amat dihargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dalam meningkatkan
sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Intan Baiduri Hashim Ali Khan, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 382 3694
Alia Amira Zulkhairi, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 829 8255

-->
Translate »