Traffic Announcement : Lane Closure Along Persiaran Kerjaya, Shah Alam
July 4, 2018
Traffic Announcement : Lane Closures at Persiaran Kerjaya, Shah Alam to facilitate LRT3 Utilities Relocation, Road Widening Works, Pier Column Construction Works and Guideway Launching Works
July 4, 2018

Notis Trafik : Penutupan Laluan di sepanjang Persiaran Kerjaya, Shah Alam untuk Kerja-kerja Pengalihan Utiliti, Kerja Pelebaran Jalan, Kerja-kerja Pembinaan Tiang dan Pemasangan Jejambat

Dimaklumkan bahawa penutupan laluan dan lencongan laluan menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/ Subang sepanjang Persiaran Kerjaya akan ditutup buat sementara waktu dari 5 Julai 2018 (Khamis) sehingga 4 Oktober 2018 (Khamis).

Penutupan laluan ini akan dijalankan secara berperingkat bermula dari Masjid An Nur Temasya sehingga Accentra Glenmarie bermula dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang dan 11:00 malam hingga 5:00 pagi (kerja malam) dari hari Isnin hingga Sabtu.

Peringkat 1 hingga Peringkat 4

Penutupan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan tiang dan pemasangan jejambat di median jalan.

Peringkat 5 dan Peringkat 6

Penutupan laluan paling kiri dan lencongan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti dan kerja pelebaran jalan dari persimpangan lampu isyarat di Jalan Presiden U1/1 sehingga Accentra Glenmarie

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan laluan di Persiaran Kerjaya:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

Ta Kok Chang, Pengurus Projek                                                                                                                              : 019-2653837
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                              : 012-6546905

 

 

 

 

 

 

-->
Translate »