Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, adalah dimaklumkan bahawa terdapat laluan alternatif kepada pengguna jalan raya dalam perjalanan di antara Bandar Klang dan Banting. Selain laluan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah,  pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan-laluan alternatif  ini bermula dari 10 September sehingga 31 Mac 2019 selama 6 bulan.

 

Laluan-laluan alternatif yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Laluan Alternatif A: Dari Bandar Klang ke Banting

Dari Bulatan Simpang Lima, pengguna jalan raya boleh meneruskan perjalanan ke Persiaran Raja Muda Musa dan seterusnya ke Lebuh Turi dan Persiaran Pegaga.  Kemudian, belok  ke kiri untuk menuju ke Jalan Batu Unjur dan  meneruskan perjalanan ke Banting seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta.

 

Laluan Alternatif B: Dari Banting ke Bandar Klang

Di persimpangan jalan berdekatan BP Healthcare, pengguna jalan raya boleh belok ke kiri selepas lampu isyarat untuk menuju ke Jalan Batu Unjur, dan seterusnya belok ke kanan untuk menuju ke Persiaran Pegaga. Di bulatan simpang jalan,  pengguna jalan raya dikehendaki mengambil  pusingan kedua  untuk menuju ke Lebuh Turi, belok ke kanan untuk memasuki  Persiaran Raja Muda Musa dan meneruskan  perjalanan ke Bandar Klang seperti yang ditunjukkan anak panah UNGU di dalam peta.

 

Laluan Alternatif C: Dari Bandar Klang ke Taman Sri Andalas

Dari Bulatan Simpang Lima, pengguna jalan raya boleh melalui  Persiaran Raja Muda Musa dan seterusnya  ke Lebuh Turi. Di bulatan simpang jalan, pengguna jalan raya dikehendaki mengambil  pusingan pertama menuju ke Persiaran Seraya dan meneruskan  perjalanan ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah seperti yang ditunjukkan anak panah JINGGA didalam peta.

 

Laluan Alternatif D: Dari Banting ke Taman Sri Andalas

Di persimpangan jalan berdekatan BP Healthcare, pengguna jalan raya boleh belok ke kiri selepas lampu isyarat untuk menuju ke Jalan Batu Unjur, dan seterusnya belok ke kanan untuk menuju ke Persiaran Pegaga. Di bulatan simpang jalan, pengguna jalan raya dikehendaki mengambil  pusingan ketiga untuk menuju ke Persiaran Seraya dan meneruskan  perjalanan ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU didalam peta.

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 012 – 232 3782

Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                          : 017 – 388 9357

-->
Translate »