Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, adalah dimaklumkan bahawa terdapat lencongan laluan secara berperingkat di sebahagian Jalan Meru, Klang, untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan paip air untuk LRT3 yang akan bermula dari 15 September 2018 sehingga 30 September 2018 selama 16 hari dari 10.00 malam sehingga 5.00 pagi. Penutupan akan dibuka semula pada siang hari dan trafik akan berjalan seperti biasa.

Lencongan laluan yang terlibat adalah seperti berikut:

Penutupan A

Laluan paling kiri dan laluan tengah jalan  (menghala Banting) akan ditutup. Penutupan ini bermula dari hadapan Kuil Sri Sithi hingga ke kawasan perumahan yang menghala ke Jalan Meru. Semasa penutupan jalan, trafik akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta.

Laluan paling kanan (menghala Setia Alam) dari Petronas hingga ke Restoran Bah Kut Teh akan ditutup. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Setia Alam, trafik akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta dibawah.

Penutupan B

Sebahagian laluan paling kanan dan laluan tengah di Jalan Meru (menghala Setia Alam) akan ditutup. Penutupan ini akan bermula dari hadapan Petronas hingga ke Restoran Bah Kut Teh. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Setia Alam akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta dibawah.

Penutupan C

Sebahagian laluan paling kiri dan laluan tengah jalan di Jalan Meru (menghala Setia Alam) akan ditutup. Penutupan ini akan bermula dari Petronas hingga ke Restoran Bah Kut Teh. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Setia Alam akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta dibawah.

Penutupan A, B dan C akan dilaksanakan secara berkala dan berperingkat. Pada setiap masa akan terdapat satu laluan  yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                              : 012 – 232 3782

Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 017 – 388 9357

-->
Translate »