Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling, lencongan trafik akan dilaksanakan di Persiaran Kerjaya menuju Shah Alam dan Subang/ Kuala Lumpur dari 23 September 2018 hingga 30 April 2019.

Lencongan trafik ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja ujian cerucuk, pemasangan tetopi tiang sambut dan pembinaan tiang yang akan dijalankan di median jalan di persimpangan di hadapan Restoran Nawas Maju dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengguna jalan raya dari Jalan Subang ke Jalan Pegawai U1/33 dan dari Jalan Pegawai U1/33 ke Subang/Kuala Lumpur akan dialihkan seperti yang ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah.

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                         : 019-6223228

Salehuddin Omar, Pengurus Pembinaan                                                                                                              : 016-5670077

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                  : 013-5755667

-->
Translate »