Dimaklumkan bahawa penutupan jalan dan lencongan akan dilaksanakan di Persiaran Kerjaya untuk mejalankan kerja-kerja pemasangan kabel TNB menghala ke Shah Alam dan Subang/KL pada 25 October (jam 11:00 malam sehingga 5:30am keesokan hari) sehingga 26 Oktober 2018 (jam 11:00 malam sehingga 5:30am keesokan hari). Walaubagaimanapun, hanya laluan kanan menghala ke Subang/KL di Persiaran Kerjaya akan ditutup sementara di persimpangan Jalan Kontraktor U1/14, Shah Alam.

Semasa penutupan, pengguna jalan raya yang ingin menuju ke arah Shah Alam akan dialihkan ke Jalan Peniaga U1/34, sebelum meneruskan perjalanan ke Persiaran Kerjaya. Pengguna jalan raya dari Jalan Kontraktor U1/14 menuju Persiaran Kerjaya ke arah Shah Alam boleh membuat pusingan-U di lampu isyarat berhampiran Stesen minyak Shell.

Sementara, pengguna jalan raya dari Subang/KL yang ingin menuju ke Jalan Kontraktor U1/14, akan dialihkan ke Jalan Peniaga U1/34, dan seterusnya membuat pusingan-U di lampu isyarat berhampiran Pos Laju sebelum meneruskan perjalanan. Lencongan trafik adalah seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta. Trafik akan diteruskan seperti biasa pada pagi keesokan hari.

Di bawah merupakan peta yang menunjukkan lencongan trafik:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                              : 019-6223228

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 013-5755667

-->
Translate »