Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), adalah dimaklumkan bahawa lencongan trafik akan dijalankan di Jalan Jambatan Kota Klang, untuk kerja-kerja penebangan pokok bermula dari 7 Disember 2018 sehingga 31 Januari 2019 dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi. Penutupan akan dibuka semula pada siang hari dan trafik akan berjalan seperti biasa.

Lencongan laluan yang terlibat adalah seperti berikut:

Laluan kiri di Jalan Jambatan Kota berdepan dengan Prima Klang Avenue akan ditutup. Pengguna jalanraya yang ingin menuju ke Bandar Klang akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan di anak panah HIJAU di dalam peta.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 012 – 232 3782

Mohamad Asraf Ya’acob, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                             : 011 – 2405 0795

-->
Translate »