Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan jalan secara 24 jam dari 8 Mac 2019 sehingga 17 Julai 2020 akan dilaksanakan di Jalan Tropicana Selatan 1 berhadapan Merchant Square untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan ini akan dilakukan seperti berikut:

 

  1. Peringkat 1 (8 Mac 2019): Kerja-kerja awalan
  2. Peringkat 2 (9 Mac 2019 sehingga 11 Mac 2019) – Penutupan jalan secara percubaan selama tiga hari.
  3. Peringkat 3 (12 Mac 2019 sehingga 17 Julai 2020)- Penutupan jalan jangka panjang selama 16 bulan.

 

Pengguna jalan raya yang ingin menggunakan jalan tersebut akan dilencongkan ke Jalan Tropicana Selatan 1 (arah bertentangan) seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                         : 019-663 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                      : 019-283 5815

-->
Translate »