Dimaklumkan bahawa Jalan Perbandaran, Klang akan ditutup untuk kerja-kerja pemasangan kerangka besi dan kerja konkrit LRT3. Penutupan ini akan dilaksanakan pada 16-17 Mac, 22-24 Mac dan 29-31 Mac, bermula dari jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi. Jalan ini akan dibuka semula pada waktu siang dan trafik akan berjalan seperti biasa.

Laluan alternatif yang terlibat adalah seperti berikut:Semasa kerja-kerja sedang dilaksanakan, pengguna yang ingin menggunakan Jalan Perbandaran akan dialihkan seperti yang ditunjukkan oleh anak panah HIJAU dan UNGU pada peta.

 

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                       : 012 – 232 3782

Mohamad Asraf Ya’acob, Eksekutif Perhubungan Awam                                                                                : 011 – 2405 0795

 

-->
Translate »