Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di sebahagian daripada Lebuh Bandar Utama (Arah BU 1 dan BU 2) untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan selama 49 hari, bermula dari 18 Mac 2019 sehingga 26 Mei  2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat, pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuh Bandar Utama (Arah BU1 dan BU2) akan dilencongkan ke jalan yang bertentangan seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                         : 013-663 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                      : 019-283 5815

-->
Translate »