Tarikh  26 Julai 2019 hingga 30 Oktober 2019 

 Peringkat 1 (26 Julai hingga 28 Julai 2019): Penutupan jalan secara percubaan selama tiga (3) hari

 Peringkat 2 (29 Julai hingga 30 Oktober 2019) : Penutupan jalan jangka pendek

Hari  Isnin hingga Ahad
Tempoh Masa  24 jam
Tujuan 

 Penutupan jalan adalah untuk kerja-kerja pengalihan utiliti, penandaan garisan jalan, pemasangan tiang mudah alih, pemasangan penghadang plastik/konkrit, pembinaan pembahagi jalan kecil, pembinaan cerucuk, pemasangan ‘cofferdam’, pembinaan tetopi cerucuk (pile cap), pembinaan tiang cerucuk (pier works), pembinaan kepala tiang (pier head) dan pelancaran ‘U-Girder’ untuk projek LRT3.

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan laluan tersebut:

 

Peta 1:

 

Untuk kenderaan berat, pemandu perlu menggunakan jalan alternatif menerusi Jalan Tropicana Selatan 1, dengan melalui Jalan Tropicana Selatan dan Persiaran Tropicana sebelum menuju ke Lebuh Bandar Utama seperti ditunjukkan di dalam peta di bawah.

 

Peta 2:

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Pembinaan                                                                                                                      : 019-663 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                             : 019-283 5815

-->
Translate »