Tarikh   24 September 2018 hingga 31 Disember 2019
Hari  Isnin hingga Ahad
Tempoh Masa

 24 jam

Tujuan 

 Kerja-kerja cerucuk, tiang, jarak long span, pelancaran dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan projek LRT3

 

Laluan susur dari Bulatan Simpang Lima menuju ke Jalan Bukit Kubur dan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (menghala ke Banting) akan ditutup secara berkala. Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan berkala laluan susur dan aliran alternatif tersebut:

 

Laluan Alternatif 1:

 

 

Pengguna jalan raya yang menghampiri Bulatan Simpang Lima seperti Jalan Tengku Kelana, Jalan Istana dan Jalan Raya Barat yang menuju ke Jalan Bukit Kubur akan dialihkan ke arah Bulatan Kota (menghala ke Klang). Mereka perlu membuat pusingan U-Turn menuju ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, sebelum membelok kiri ke Jalan Bukit Kubur seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

Laluan Alternatif 2:

 

 

Pengguna jalan raya di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah yang ingin menuju ke Taman Sri Andalas dan Banting akan dilencongkan seperti peta berikut:

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 012 – 232 3782

 

-->
Translate »