Tarikh   11 Oktober 2019 hingga 21 Oktober 2019
Hari  Isnin hingga Sabtu
Tempoh Masa  9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tujuan 

 Kerja-kerja pengalihan kabel Telekom Malaysia di Jalan Kerjaya di laluan masuk dan keluar di Perumahan Temasya Anggun untuk projek LRT 3.

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan tersebut:

 

Penutupan sementara akan dijalankan secara dua (2) peringkat di mana selepas sahaja kerja peringkat pertama (Penutupan A) selesai, kerja peringkat dua (Penutupan B) akan menyusul dan satu (1) laluan dibuka untuk pengguna jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah.

 

 

Peringkat 1

Peringkat 2

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

WL Hoon, Pengurus Projek                                                                                                                                         : 019-6223228

Mohd Afendi Ramli, Pengurus Pembinaan                                                                                                          : 012-2993377

Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                 : 013-5755667

-->
Translate »