Tarikh 20 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 10.00 malam hingga 5.00 pagi
Tujuan Kerja-kerja pelancaran “U-Trough” bagi projek LRT3

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), beberapa bahagian Persiaran Bukit Raja, Klang (menghala ke Aeon Bukit Raja dan Lebuhraya Grand Sepadu) akan ditutup secara berperingkat dan trafik akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta-peta di bawah.

 

Penutupan A (Peringkat 1): Sebahagian daripada Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 1 sehingga simpang Persiaran Bukit Raja 2 akan ditutup sepenuhnya bagi kedua-dua belah arah. Semasa penutupan, pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 

Penutupan B (Peringkat 2): Sebahagian daripada Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 2 sehingga kawasan perumahan berhadapan bangunan cadangan pembangunan masa hadapan akan ditutup sepenuhnya bagi kedua-dua belah arah. Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 

Penutupan C (Peringkat 3): Sebahagian daripada Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 1 sehingga kawasan perumahan berhadapan bangunan cadangan pembangunan masa hadapan akan ditutup sepenuhnya bagi kedua-dua belah arah. Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 

 

Penutupan D (Peringkat 4): Sebahagian daripada Persiaran Bukit Raja dari simpang Lorong Tiara 3 sehingga simpang Persiaran Rajawali (menghala ke Aeon Bukit Raja) akan ditutup sepenuhnya. Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti ditunjukkan dalam peta berikut:

 

 

Penutupan A, B, C dan D akan dilaksanakan secara berperingkat dan pada setiap masa, hanya satu peringkat penutupan akan dilaksanakan.

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Jason Ng, Pengurus Projek                                                                                                                                               : 012 – 651 1508

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 012 – 232 3782

 

-->
Translate »