Tarikh 20 Julai 2020 hingga 24 Julai 2020
Hari Isnin hingga Jumaat
Tempoh masa 10:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk melaksanakan kerja-kerja pelancaran ‘U-trough’ bagi projek LRT3

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), dimaklumkan bahawa penutupan jalan dan lencongan trafik sementara akan dijalankan di lokasi berikut:

 

Lokasi 1: Jalan Langat (menghala Klang, bertentangan Klinik Kesihatan Bandar Botanik) akan ditutup sepenuhnya.

Pengguna jalan raya di Jalan Langat menghala ke Klang akan dilencongkan ke Persiaran Botanik dan seterusnya ke Persiaran Batu Nilam 2 sebelum kembali semula ke Jalan Langat.

 

Lokasi 2: Jalan Langat (menghala KESAS/Banting, bertentangan Shell Bandar Botanik) akan ditutup sepenuhnya.

Pengguna jalan raya di Jalan Langat menghala ke KESAS/Banting akan dilencongkan ke Jalan Salam sebelum kembali semula ke Jalan Langat.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik tersebut:

 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dijalankan.

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

En. Nor Azri Omar, Pengarah Projek                                                                                                                             : 012 – 320 5736

En. Mohd Azizi Bin Abd Hamid, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam                                                  : 019 – 227 9767

-->
Translate »