Tarikh 6 Ogos 2020 hingga 30 November 2020
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 24 jam
Tujuan Kerja-kerja pelancaran “U-trough” dan kerja-kerja stesen bagi projek LRT3

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), penutupan berperingkat dan lencongan trafik 24 jam di beberapa bahagian di Persiaran Bukit Raja, Klang (menghala ke Aeon Bukit Raja dan Lebuhraya Grand Sepadu) akan dilanjutkan bagi tujuan kerja-kerja pelancaran “U-trough” dan kerja-kerja stesen seperti ditunjukkan dalam peta-peta di bawah.

Penutupan A (Peringkat 1): Sebahagian Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 1 sehingga simpang Persiaran Bukit Raja 2 akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke Lebuhraya Grand Sepadu atau Persiaran Bukit Raja 2 dari Persiaran Bukit Raja akan dilencongkan ke Persiaran Bukit Raja 1 untuk menghala semula ke Lebuhraya Grand Sepadu dan Persiaran Bukit Raja 2.

 

Penutupan B (Peringkat 2): Sebahagian Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 2 sehingga kawasan perumahan berdepan dengan Pembangunan Masa Depan akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke AEON Bukit Raja dari Lebuhraya Grand Sepadu akan dilencongkan ke Persiaran Rajawali dan seterusnya ke Lebuhraya Grand Sepadu untuk menghala semula ke Persiaran Bukit Raja.

 

Penutupan C (Peringkat 3): Sebahagian Persiaran Bukit Raja bermula dari simpang Persiaran Bukit Raja 1 sehingga kawasan perumahan berdepan dengan Pembangunan Masa Depan akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke AEON Bukit Raja akan dilencongkan ke Persiaran Rajawali, Jalan Undan Putih dan Persiaran Bukit Raja 1 untuk menghala semula ke Persiaran Bukit Raja. Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke Lebuhraya Grand Sepadu dari AEON Bukit Raja akan dilencongkan ke Persiaran Bukit Raja 1, Jalan Undan Putih, Persiaran Rajawali dan seterusnya ke Persiaran Bukit Raja untuk menghala ke Lebuhraya Grand Sepadu.

 

 

Penutupan D (Peringkat 4): Sebahagian Persiaran Bukit Raja dari simpang Lorong Tiara 3 sehingga simpang Persiaran Rajawali akan ditutup (ke Aeon Bukit Raja).  Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke AEON Bukit Raja daripada Lebuhraya Grand Sepadu akan dilencongkan ke Persiaran Rajawali, Jalan Undan Putih, Persiaran Bukit Raja 1 dan seterusnya ke Persiaran Bukit Raja untuk menghala ke AEON Bukit Raja.

 

Penutupan E (Peringkat 5): Sebahagian Persiaran Bukit Raja dari simpang Persiaran Rajawali sehingga simpang Jalan Serindit 17 akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke AEON Bukit Raja dari Lebuhraya Grand Sepadu akan dilencongkan ke Jalan Serindit 17, Jalan Mahkota 2, Jalan Serindit 14, Persiaran Rajawali dan seterusnya ke Persiaran Bukit Raja untuk menghala ke AEON Bukit Raja. Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke Lebuhraya Grand Sepadu dari AEON Bukit Raja akan dilencongkan ke Persiaran Rajawali, Jalan Serindit 14, Jalan Mahkota 2, Jalan Serindit 17 dan seterusnya ke Persiaran Bukit Raja untuk menghala ke Lebuhraya Grand Sepadu.

 

Penutupan F (Peringkat 6): Sebahagian Persiaran Bukit Raja dari simpang Jalan Serindit 17 sehingga Lebuhraya Grand Sepadu akan ditutup di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya yang ingin menghala ke Pangsapuri Dahlia dari AEON Bukit Raja akan dilencongkan melalui aliran trafik “contra-flow” pada arah bertentangan Persiaran Bukit Raja.

 

Penutupan A, B, C, D, E dan F akan dilaksanakan secara berperingkat dan pada setiap masa, hanya satu peringkat penutupan akan dilaksanakan.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Jason Ng, Pengurus Projek                                                                                                                                              : 012 – 651 1508

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 012 – 232 3782

 

-->
Translate »