Tarikh 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 11:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran kekotak segmen (SBG) dan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:

 

Penutupan A: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang akan ditutup dari 1 Disember 2021 sehingga 15 Disember 2021

 

 

Penutupan B: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan laluan kiri di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 16 Disember 2021 sehingga 12 Januari 2022


 

Penutupan C: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan juga kedua-dua laluan di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 13 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berha (PLUS) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                  : 012-5082908

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                 : 012-6546905

-->
Translate »