Tarikh 1 September 2022 hingga 28 Februari 2023
Hari Isnin hingga Sabtu
Tempoh masa 10.00 malam hingga 5.00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik yang akan dilakukan:

Peringkat 1:

Laluan paling kiri di Lebuhraya PLUS (arah Klang) sebelum dan selepas jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju ke BU11 dan BU12 dan jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju ke BU11 dan BU12 akan ditutup.

Peringkat 2:

  • Laluan kecemasan dan laluan perlahan di Lebuhraya PLUS (arah Klang) sebelum jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju BU11 and BU12 akan ditutup.

 

  • Laluan kecemasan, laluan perlahan dan laluan laju di Lebuhraya PLUS (arah Klang) selepas jalan susur ke Lebuh Bandar Utama menuju BU11 and BU12 dan laluan laju (arah Damansara) akan ditutup.

 

  • Laluan laju dan laluan tengah di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup.

Peringkat 3:

  • Laluan kanan di jalan susur Lebuh Bandar Utama dan Jalan Bridge 21/64 (berhampiran Ming Tien, arah Damansara) akan ditutup.

 

  • Laluan kecemasan dan laluan perlahan di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup.

Peringkat 4:

  • Laluan kanan di jalan susur Lebuh Bandar Utama (berhampiran Ming Tien, arah Damansara) dan laluan perlahan, laluan tengah dan laluan laju di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup.

 

  • Laluan laju dan laluan tengah di Lebuhraya PLUS (arah Klang) akan ditutup.

Peringkat 5:

  • Laluan tengah dan laluan laju di Lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan ditutup.

 

  • Laluan laju, laluan tengah dan sebahagian laluan perlahan di Lebuhraya PLUS (arah Klang) akan ditutup.

Lencongan trafik akan dijalankan dengan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kepada orang awam.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                                                                        : 019-283 5815

-->
Translate »