Tarikh 27 Januari 2023 hingga 27 April 2023
Hari Isnin hingga Sabtu
Tempoh masa 11.00 malam hingga 5.00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

 

Penutupan 1: Jalan susur Lebuh Bandar Utama (arah BU11) ke Lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhampiran Soon Meng Auto, laluan sebelah kiri Lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhadapan Ming Tien, dan laluan sebelah kanan Lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhadapan Nissan Nikaijaya akan ditutup.

 

  • Pemandu kenderaan dari lebuhraya PLUS (arah Damansara) menuju ke lebuhraya SPRINT (arah Damansara) akan dilencongkan secara aliran kontra berhadapan Vision Motorsports.
  • Pemandu kenderaan dari lebuhraya PLUS (arah Damansara) menuju ke jalan susur Kayu Ara di lebuhraya SPRINT (arah Damansara) akan dilencongkan secara aliran kontra berhadapan Petron.
  • Pemandu kenderaan dari lebuhraya SPRINT (arah Klang) menuju ke lebuhraya PLUS (arah Damansara) akan dilencongkan secara aliran kontra berhadapan Petronas.
  • Pemandu kenderaan dari Lebuh Bandar Utama menuju ke lebuhraya SPRINT (arah Damansara) akan dilencongkan ke Jalan Mawar, Jalan Melati dan Jalan Masjid.

 

 

Penutupan 2: Laluan kanan jalan susur Lebuh Bandar Utama (arah BU11) ke lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhampiran Ming Tien, laluan kiri lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhadapan Winho, kedua-dua laluan jalan susur Kayu Ara and kedua-dua laluan di Lebuhraya SPRINT (arah Damansara) berhadapan Petron akan ditutup.

 

  • Pemandu kenderaan dari Lebuh Bandar Utama menuju ke lebuhraya SPRINT (arah Damansara) akan dilencongkan secara aliran kontra berhadapan Winho.
  • Pemandu kenderaan dari lebuhraya SPRINT (arah Klang) menuju ke arah lebuhraya PLUS (arah Klang) akan dilencongkan ke laluan kiri di lebuhraya SPRINT (arah Klang) berhadapan Petron.
  • Pemandu kenderaan dari lebuhraya PLUS (arah Damansara) menuju ke arah lebuhraya SPRINT (arah Damansara) akan dilencongkan secara aliran kontra berhadapan Winho.
  • Pemandu kenderaan dari Lebuh Bandar Utama menuju ke Jalan Melur 1 akan dilencongkan ke laluan paling kiri lebuhraya PLUS (arah Damansara).

 

Pada satu masa, hanya satu penutupan akan dilaksanakan. Lencongan trafik akan dijalankan dengan kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa depan semua.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                                                                        : 019-283 5815

-->
Translate »