Tarikh19 Mei 2023 hingga 22 Mei 2023
HariIsnin hingga Ahad
Tempoh masa11:00 malam hingga 5:00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:

Peringkat 1: Laluan kiri di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) sebelum simpang LRT2 Glenmarie dan kedua-dua laluan di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) dari simpang LRT2 Glenmarie sehingga Temasya 8 menuju ke Shah Alam akan ditutup dari 19 Mei 2023 hingga 22 Mei 2023.

Peringkat 2: Kedua-dua laluan di persimpangan lampu isyarat berhadapan DRB Hicom di Persiaran Kerjaya, semua laluan di Persiaran Kerjaya berdekatan EON Berhad sehingga simpang LRT2 Glenmarie (arah Shah Alam dan Subang / Kuala Lumpur), laluan kanan di Jalan Pengaturcara U1/51 (arah Kuala Lumpur/Subang) dan laluan kanan di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) sebelum simpang LRT2 Glenmarie akan ditutup dari 20 Mei 2023 hingga 21 Mei 2023.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling (JKR Petaling).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Mohamad Rasydi Awang Chik, Pengurus Kanan Projek                                                                                       : 011-10404515

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                          : 012-6546905

-->
Translate »