Dimaklumkan bahawa penutupan laluan paling kiri di sepanjang persimpangan Persiaran Dato’ Menteri sejauh 1.5km untuk kerja-kerja pengorekan akan dijalakan dari 24 Januari, 2018 (Rabu) sehingga 01 Februari, 2018 (Khamis). Kerja ini akan bermula 140m sebelum lampu isyarat di persimpangan Persiaran Damai sehingga pintu masuk Pejabat Pos Besar, Shah Alam.
Kerja-kerja pengorekan akan bermula dari jam 10:00 malam dan dijangka siap pada hari berikutnya pada jam 5:00 pagi sebelum waktu puncak selama tujuh (7) malam berturut-turut dan akan dilaksanakan dengan serta-merta di lokasi yang berkaitan.
Penutupan Laluan:
Laluan paling kiri akan ditutup buat sementara waktu sepanjang 140m sebelum lampu isyarat di persimpangan Persiaran Damai sehingga pintu masuk Pejabat Pos Besar, Shah Alam.
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di sepanjang Persiaran Dato’ Menteri:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Rashid Ibrahim, Pengurus Projek: 019 2973889
Nur Adlina Abu Bakar, Penolong Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 6899677