Dimaklumkan bahawa terdapat lencongan laluan paling kiri di sepanjang Jalan Langat sepanjang 2.6km untuk kerja-kerja awalan LRT3 seperti kerja-kerja pengorekan, pembersihan tapak, kajian tanah, pengalihan utiliti, kerja-kerja pemasangan cerucuk ‘bore piling’ dan ‘Caisson’ dari 15 Febuari 2018 sehingga 22 April 2018.

Merujuk kepada kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya Selangor, kerja-kerja lencongan laluan selama 24 jam akan bermula pada jam 12:00 pagi dari persimpangan Jalan Batu Unjur berhampiran deretan kedai Jalan Bayu Tinggi 1A sehingga selepas Stesen Minyak Petron, Bukit Tinggi, Klang.

Berikut adalah peta yang menunjukkan lencongan laluan paling kiri di sepanjang Jalan Langat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kami dan bagi meningkatkan system pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:
Syahnaz bin Abdullah, Construction Manager : 012 – 295 3840
Raja Nazhatul Shima binti Raja Abdul Aziz, PR & Stakeholder, Manager : 010 – 559 7979
Meor Shahram Adli bin Mieor Shariman, Liaison/Stakeholder : 011 – 5146 4616

-->
Translate »