Dimaklumkan bahawa penutupan laluan paling kiri di sepanjang Persiaran Dato’ Menteri (menuju ke SIRIM) sejauh 4km dan laluan paling kiri di sepanjang Persiaran Tasik (menuju ke Pusat Bandar) sejauh 500m untuk kerja-kerja awalan LRT3 seperti pengorekan, pengalihan utiliti, penyelidikan tanah dan pembersihan tapak akan dijalankan dari 19 Februari, 2018 (Isnin) sehingga 30 April, 2018 (Isnin). Lencongan trafik akan dijalankan di laluan bertentangan Persiaran Dato’ Menteri (arah Seksyen 11) sejauh 4km.

Penutupan laluan dan lencongan trafik akan bermula dari jam 09:00 malam dan dijangka dibuka kepada orang awam pada hari berikutnya pada jam 6:00 pagi sebelum waktu puncak selama tiga (3) bulan berturut-turut dan akan dilaksanakan dengan serta-merta di lokasi yang berkaitan.

Penutupan Laluan 1:
Kedua laluan di sepanjang Persiaran Dato’ Menteri (menuju ke SIRIM) akan ditutup dan dilencongkan buat sementara waktu sepanjang 4km selepas lampu isyarat persimpangan Bandar Raya (berhadapan Jakel Develoment) sehingga ke tempat letak kereta terbuka PKNS.

Penutupan Laluan 2:
Laluan paling kiri akan ditutup sepanjang 500m di sepanjang Persiaran Tasik (menuju Pusat Bandar Shah Alam).

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di sekitar Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Tasik :

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Rashid Ibrahim, Pengurus Projek: 019 2973889
Nur Adlina Abu Bakar, Penolong Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 6899677

-->