Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), dimaklumkan bahawa lencongan jalan di sebahagian Jalan Meru, Klang untuk kerja-kerja bore piling LRT3 akan dijalankan dari 21 Februari 2018 (Rabu) sehingga 11 Jun 2018 (Isnin).

Fasa lencongan yang terlibat:

Fasa 1: (24 Jam) 21 Februari 2018 sehingga 20 Mei 2018
Lencongan jalan bermula dari Yao Shan Fang (Klinik Perubatan Cina) sehingga ke persimpangan masuk/keluar TM Point (Laluan menghala ke Setia Alam dan Klang Parade)

Fasa 2: (24 Jam) 12 Mac 2018 sehingga 11 Jun 2018
Lencongan jalan bermula di depan kawasan parkir Pasar Besar Klang sehingga ke persimpangan Pasar Besar Klang (Laluan menghala ke Setia Alam dan Klang Parade)

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Lencongan Fasa 1: 21 Februari 2018 sehingga 20 Mei 2018

Lencongan Fasa 2: 12 Mac 2018 sehingga 11 Jun 2018

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai keranapembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kami dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Dennis Li, Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam : 011 – 3919 1311

-->
Translate »