Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan JKR Malaysia, penutupan laluan motosikal akan dilaksanakan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan (menuju ke KL) sejauh 2km sehingga ke Persiaran Tasik (menuju ke Pusat Bandar Shah Alam) untuk kerja-kerja awalan dan pembinaan LRT3 dari 19 Mac 2018 (Isnin) sehingga 19 Mac 2020 (Khamis).

Penutupan laluan akan dilakukan selama dua (2) tahun dan akan dilaksanakan dengan serta-merta di lokasi yang berkaitan.

Lencongan Trafik Laluan Motosikal:
– Penunggang motosikal akan di lencongkan ke laluan dalam berhadapan stesen minyak Petronas dan Shell sejauh 500m dan akan keluar ke laluan paling kiri di Lebuhraya Persekutuan sejauh 400m. Penunggang motosikal akan memasuki semula laluan motosikal sebelum jejambat Persiaran Raja Muda sejauh 800m.
– Penunggang motosikal akan dilencongkan ke persimpangan Persiaran Tasik menuju ke Pusat Bandar Shah Alam sejauh 300m.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan (menuju ke KL) sehingga ke Persiaran Tasik (menuju ke Pusat Bandar Shah Alam):

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Rashid Ibrahim, Pengurus Projek: 03-552323727
Nur Adlina Abu Bakar, Penolong Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 03-552323727

-->
Translate ยป