Dimaklumkan bahawa penutupan laluan paling kanan menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/Subang sepanjang Persiaran Kerjaya akan ditutup buat sementara waktu dari 5 April 2018 (Khamis) sehingga 4 Julai 2018 (Rabu).
Penutupan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja penanaman cerucuk, penanaman cerucuk kepingan, penanaman cerucuk tetulang konkrit, pembinaan tukup cerucuk, pembinaan tiang dan pemasangan tetopi tiang sambut yang akan dijalankan secara berperingkat di median bermula dari Masjid An-Nur Temaya sehingga Accentra Glenmarie bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 6:00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu.
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Ta Kok Chang, Pengurus Projek: 019-2653837
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam: 012-6546905