Syabas Water Pipe Burst By a Private Vehicle at Sri Andalas, Klang. Rectification Works Ongoing
April 3, 2018
Traffic Announcement : 
Lane Diversion In Front Of Pasar Besar Klang, Jalan Meru
April 19, 2018

Lencongan Laluan Di Hadapan Pasar Besar Klang, Jalan Meru untuk Kerja-kerja Pengalihan Paip Air Dari 22 April 2018 sehingga 30 April 2018

Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang and Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat lencongan laluan paling kiri dihadapan Pasar Besar Klang, Jalan Meru bagi menjalankan kerja-kerja pengalihan paip air yang akan bermula dari 22 April 2018 (Ahad) sehingga 30 April 2018 (Isnin) selama 9 hari.

Lencongan jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

Lencongan Laluan berdekatan Pasar Besar Klang, Jalan Meru (24 Jam)

Lencongan laluan bermula di laluan paling kiri hadapan kawasan parkir Pasar Besar Klang sehingga ke persimpangan keluar Pasar Besar Klang (Laluan menghala ke Klang Parade). Trafik akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan bersama dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam: 017 – 3889 357

-->
Translate »