Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) and Jabatan Kerja Raya (JKR), dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan laluan di sepanjang Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengikut fasa bagi menjalankan kerja-kerja awalan LRT3 yang akan bermula dari 23 April 2018 sehingga 22 Julai 2018.

Berikut adalah lencongan yang terlibat:
Lencongan A : (11.00 malam sehingga 5.00 pagi – Isnin hingga Ahad) 23 April 2018 sehingga 22 Julai 2018
Lencongan jalan bermula dari Jalan Batu Unjur menghala ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah

Lencongan B: (24 Jam) 23 April 2018 sehingga 22 Julai 2018
Lencongan jalan laluan paling kanan bermula dari Bengkel Daya Klang sehingga Hospital bersalin Razif sepanjang Persiaran Tengku Ampuan Rahimah.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan bersama dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam: 017 – 388 9357

-->