Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang and Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat lencongan mengikut fasa di Jalan Kelicap 42A. Lencongan ini adalah untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan parit yang akan bermula dari 25 April 2018 (Rabu) sehingga 27 Mei 2018 (Ahad).

Fasa lencongan yang terlibat adalah seperti berikut:

Fasa 1: 25 April 2018 sehingga 4 Mei 2018 (24 Jam)
Laluan dari Jalan Meru ke Jalan Kelicap 42A di hadapan Hong Leong Bank akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Fasa 2: 5 April 2018 sehingga 27 Mei 2018 (24 Jam)
Tempat letak kereta berhadapan KFC akan ditutup sementara selama 20 hari bagi kerja perparitan.

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan bersama dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Executive, PR & Stakeholder Management: 017 – 388 9357

-->