Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan laluan paling kiri di hadapan Pasar Besar Klang, Jalan Meru bagi menjalankan kerja-kerja pengalihan paip air yang akan bermula dari 1 Mei 2018 (Selasa) sehingga 31 Mei 2018 (Khamis) selama 31 hari.

Lanjutan lencongan jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

Lanjutan Lencongan Laluan berdekatan Pasar Besar Klang, Jalan Meru (24 Jam)

Lencongan laluan bermula di laluan paling kiri hadapan kawasan parkir Pasar Besar Klang sehingga ke persimpangan keluar Pasar Besar Klang (Laluan menghala ke Klang Parade). Trafik akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan bersama dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam: 017 – 388 9357

-->