Dimaklumkan bahawa lanjutan penutupan laluan di sepanjang Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur/Subang akan ditutup dari tarikh 5 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 4 Julai 2018 (Rabu).

Penutupan laluan paling kiri adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti dan pelebaran jalan yang akan dijalankan secara peringkat dari persimpangan lampu isyarat Jalan Presiden U1/1 sehingga Accentra Glenmarie bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 6:00 petang dari hari Isnin sehingga Sabtu.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Ta Kok Chang, Pengurus Projek: 019-265 3837
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam: 012-654 6905

-->