Adalah dimaklumkan bahawa lencongan laluan sepanjang Persiaran Permai, Shah Alam akan dijalankan dari 10 Mei (Khamis) hingga 18 Mei 2018 (Jumaat) bagi memudahkan kerja-kerja korekan untuk LRT3.
Lencongan laluan sepanjang 1 kilometer di kedua-dua belah jalan di Persiaran Permai akan dijalankan pada hari Isnin hingga Sabtu dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang bagi lorong kanan. Lencongan laluan bagi lorong kiri pula akan dilakukan pada pukul 9:00 malam hingga 6:00 pagi.
Sekiranya cuaca buruk berlaku, pelaksanaan kerja-kerja korekan akan dilakukan di luar waktu jangkaan. Kawasan lencongan dan pelaksanaan kerja-kerja adalah seperti yang ditunjukkan di dalam peta seperti berikut.
Peta 1: Lencongan laluan lorong kanan dari 9:00 pagi – 6:00 petang
Peta 2: Lencongan laluan lorong kiri dari 9:00 malam – 6:00 pagi
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku kepada orang awam. Kerjasama anda amat dihargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dalam meningkatkan system pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Intan Baiduri Hisham Ali Khan, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 3823694
Alia Amira Zulkhairi, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 8298255