Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang, dimaklumkan bahawa terdapat lencongan trafik di Persiaran Persiaran Bukit Raja, Klang bermula pada 25 Mei 2018 (Jumaat) sehingga 31 Mei 2018 (Khamis), jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi.

Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Pengguna jalan raya dari Lebuhraya Grand Shahpadu menuju ke Persiaran Bukit Raja akan dilencongkan untuk membuat pusingan-U (di hadapan Restoran Mahmudah Maju) ke Jalan Serindit 17 untuk ke hujung Persiaran Bukit Raja (seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta).

2. Pengguna jalan raya dari Persiaran Bukit Raja menuju ke Lebuhraya Grand Shahpadu akan dilencongkan (di hadapan BHP) ke Persiaran Rajawali untuk ke hujung Persiaran Bukit Raja dan Lebuhraya Grand Shahpadu (seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta).

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam: 017 – 3889 357

-->
Translate »