Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang and Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat
lanjutan lencongan mengikut fasa di Jalan Kelicap 42A. Lencongan ini adalah untuk menjalankan kerja-kerja
pengalihan parit yang akan bermula dari 1 Jun 2018 (Jumaat) sehingga 30 Jun 2018 (Sabtu).

Fasa lanjutan lencongan yang terlibat adalah seperti berikut:
Fasa 1: 1 Jun 2018 sehingga 10 Jun 2018 (24 Jam)

Laluan dari Jalan Meru ke Jalan Kelicap 42A di hadapan Hong Leong Bank akan dilencongkan seperti yang
ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Fasa 2: 11 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018 (24 Jam)
Tempat letak kereta berhadapan KFC akan ditutup sementara selama 20 hari bagi kerja perparitan.

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana
pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di
Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 017 – 388 9357

-->
Translate »