Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang, dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan trafik di Persiaran Persiaran Bukit Raja, Klang bermula pada 1 Jun 2018 (Jumaat) sehingga 7 Jun 2018 (Khamis), jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi.

Lencongan trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Pengguna jalan raya dari Lebuhraya Grand Shahpadu menuju ke Persiaran Bukit Raja akan dilencongkan (sebelum Restoran Mahmudah Maju) ke Jalan Serindit 17, dan terus menuju ke Jalan Mahkota 2, kemudian memasuki Jalan Serindit 14 dan Persiaran Rajawali sebelum meneruskan perjalanan ke Persiaran Bukit Raja (seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta).

2. Pengguna jalan raya dari Persiaran Bukit Raja menuju ke Lebuhraya Grand Shahpadu akan dilencongkan (selepas BHP) ke Persiaran Rajawali dan terus menuju ke Jalan Serindit 14, kemudian memasuki Jalan Mahkota 2 dan Jalan Serindit 14, sebelum meneruskan perjalanan ke Lebuhraya Grand Shahpadu (seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta).

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 017 – 388 9357

-->
Translate »