Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat
lencongan mengikut fasa di Jalan Bayu Tinggi 1A. Lencongan ini adalah untuk menjalankan kerja-kerja awalan dan
pembinaan LRT3 yang akan bermula dari 6 Jun 2018 (Rabu) sehingga 19 Julai 2018 (Khamis).

Jalan Bayu Tinggi 1A akan ditutup menjadi satu jalan sehala sepanjang jalan dihadapan BP Healthcare sehingga Miracle
Hair Care dan dialihkan ke laluan sehala seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Orang awam diingatkan untuk mematuhi amaran dan papan tanda ‘Dilarang Masuk’ semasa mengunakan laluan
sepanjang Jalan Bayu Tinggi 1A.

Berikut adalah peta yang menunjukkan lencongan di Jalan Bayu Tinggi 1A:

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan
LRT3 adalah untuk masa depan bersama dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Syahnaz bin Abdullah, Pengurus Pembinaan :  012 – 295 3840
Meor Shahram Adli bin Meor Shariman, Liaison/Perhubungan Awam : 011 – 1656 5568
Wan Aida Liyana binti Wan Abdillah, Pembantu Liaison/Eksekutif Perhubungan Awam : 013 – 666 1727

-->