Adalah dimaklumkan bahawa lanjutan lencongan laluan sepanjang Persiaran Permai, Shah Alam akan dijalankan dari 8 Jun hingga 7 Ogos 2018 bagi memudahkan kerja-kerja pelebaran jalan untuk LRT3.

Lencongan bagi aliran trafik menuju ke arah UiTM akan bermula selepas simpang di tapak pasar malam MBSA hingga Pusat Konvensyen Midlands, sementara lencongan bagi aliran trafik menujuk ke arah I-City akan bermula dari tasik di Persiaran Permai dan berakhir sebelum laluan masuk ke I-City.

Lencongan laluan di Persiaran Permai akan dijalankan selama dua (2) bulan.

Sekiranya cuaca buruk berlaku, pelaksanaan kerja-kerja korekan akan dilakukan di luar waktu jangkaan.

Kawasan lencongan dan pelaksanaan kerja-kerja adalah seperti yang ditunjukkan di dalam peta seperti berikut.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku kepada orang awam. Kerjasama anda amat dihargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dalam meningkatkan sIstem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Muzzaffir Zabri Pazal Karim, Construction Manager : 017 – 320 3365
Alia Amira Zulkhairi, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 829 8255

-->