Dimaklumkan bahawa penutupan laluan kiri di sepanjang Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam dan Kuala
Lumpur/Subang akan ditutup dari 18 Jun 2018 (Isnin) sehingga 10 September 2018 (Isnin).

Penutupan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pelebaran jalan yang akan dijalankan secara berperingkat
dari persimpangan lampu isyarat Jalan Pengaturcara U1/51 sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Hakim U1/24.

Berikut adalah peta yang menunjukkan peringkat penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan
LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

WL Hoon, Pengurus Projek : 019-622 3228
Salehuddin Omar, Pengurus Pembinaan : 016-567 0077
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam : 013-575 5667

-->
Translate ยป