Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang and Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan laluan di Jalan Meru, Klang untuk menjalankan kerja-kerja penanaman cerucuk dan pengalihan paip air untuk LRT3 yang akan bermula dari 23 Jun 2018 (Sabtu) sehingga 8 September 2018 (Sabtu) selama 78 hari.

Lencongan laluan di Jalan Meru, Klang (24-Jam):
Lencongan laluan akan bermula di hadapan kawasan parkir Pasar Besar Klang sehingga ke klinik perubatan Cina, Yao Shan Fang (menghala ke Klang Parade). Pengguna jalan raya akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Berikut adalah pelan lencongan laluan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 017 – 388 9357

-->
Translate »