Merujuk kepada kelulusan pihak Majlis Perbandaran Klang and Jabatan Kerja Raya, dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan mengikut fasa di Jalan Kelicap 42A. Lencongan ini adalah untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan parit yang akan bermula dari 11 Julai 2018 (Rabu) sehingga 8 September 2018 (Sabtu).

Fasa lanjutan lencongan yang terlibat adalah seperti berikut:

Fasa 1: 11 Julai 2018 sehingga 31 Julai 2018 (24 Jam)

Laluan dari Jalan Meru ke Jalan Kelicap 42A di hadapan Hong Leong Bank akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta.

Fasa 2: 1 Ogos 2018 sehingga 8 September 2018 (24 Jam)

Tempat letak kereta berhadapan KFC akan ditutup sementara selama 39 hari bagi kerja perparitan.

Berikut adalah pelan lencongan yang terlibat:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                    : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                          : 017 – 388 9357

-->
Translate »