Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan JKR Malaysia, penutupan sementara laluan motosikal akan dilaksanakan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan (menuju ke KL) sejauh 1km bermula dari KM 9.3  sehingga KM 10.3, 400m sebelum jejambat Persiaran Raja Muda sehingga persimpangan Persiaran Tasik menuju ke Pusat Bandar Shah Alam.

Penutupan sementara laluan motosikal akan dilakukan selama dua (2) bulan dan akan bermula dari 27 Julai 2018 (Jumaat) sehingga 27 September 2018 (Khamis) bermula dari 10:00 pagi ke 5:00 petang.

Penutupan Jalan:

  • Penutupan jalan akan bermula 400m sebelum jejambat Persiaran Raja Muda sehingga persimpangan Persiaran Tasik menuju ke Pusat Bandar Shah Alam
  • Penunggang motosikal dari laluan motosikal akan dilencongkan ke laluan kecemasan sementara sejauh 1km bermula dari KM 9.3 sehingga KM 10.3.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan motosikal (ditandakan kuning) di Lebuhraya Persekutuan (Menuju Ke KL) dari  KM 9.3 sehingga KM 10.3. menuju ke Pusat Bandar Shah Alam:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

Khor Mee Khiang, Pengurus Projek                                                                                                                    : 012-607 7111
Nur Adlina Abu Bakar, Penolong Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                 : 012-689 9677

-->
Translate »