Adalah dimaklumkan bahawa lencongan laluan di sepanjang Lebuh Keluli, Shah Alam akan dijalankan dari 31 Julai hingga 30 September 2018 bagi melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan, korekan dan pengalihan utiliti untuk pembinaan projek LRT3.

Lencongan laluan bagi lorong kiri akan bermula di persimpangan Jalan Keluli 1 sehingga ke laluan masuk/keluar ke Lebuhraya Selat Klang (laluan menuju ke Klang dan Pusat Bandar Shah Alam). Trafik akan dilencongkan mengikut arah anak panah HIJAU di dalam peta dibawah

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku kepada orang awam.

Kerjasama anda amat dihargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Muzzaffir Zabri Pazal Karim, Pengurus Pembinaan                                                                                           : 017 – 3203365
Alia Amira Zulkhairi, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                    : 012 – 8298255

-->
Translate »