NOTIS

TRANSIT ALIRAN RINGAN 3 (LRT3) DARI BANDAR UTAMA KE JOHAN SETIA

Lencongan Trafik di Jalan Raja Bot, Klang, untuk Kerja-Kerja Pengalihan Talian Telco (Time Dot Com) untuk LRT3 dari 20 sehingga 30 Ogos 2018

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, adalah dimaklumkan bahawa terdapat lencongan laluan di Jalan Raja Bot, Klang, untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan talian telco (Time Dot Com) untuk LRT3 yang akan bermula dari 20 sehingga 30 Ogos 2018 selama 11  hari.

Lencongan laluan adalah seperti berikut:

Lencongan laluan di Jalan Raja Bot, Klang: 20 – 30 Ogos 2018 (24 Jam)

Laluan paling kiri bersebelahan SMK Tinggi Klang di Jalan Raja Bot akan ditutup. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Jalan Meru (menghala Setia Alam) akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta di bawah:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                       : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                           : 017 – 388 9357

 

-->