Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di sebahagian daripada Jalan Bridge 21/64 untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan selama 38 hari, bermula dari 6 September 2018 sehingga 29 Oktober 2018, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Pengguna jalan raya yang ingin ke Jalan Bridge 21/64 akan dilencongkan ke Jalan Masjid dan Jalan PJU 6A/3 seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:

Wan Cheen Chai, Pengurus Projek                                                                                                                    : 013-289 2268

Vanessa Vivekananda, Pengurus, Perhubungan Awam                                                                                : 019-283 5815

-->
Translate »