Dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan penutupan laluan kiri di sepanjang Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam dan Kuala Lumpur/Subang dari 11 September 2018 (Selasa) sehingga 5 Disember 2018 (Rabu).

Penutupan laluan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pelebaran jalan yang akan dijalankan secara berperingkat dari persimpangan lampu isyarat Jalan Pengaturcara U1/51 sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Hakim U1/24.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan di Persiaran Kerjaya:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

WL Hoon, Pengurus Projek  :019-6223228
Salehuddin Omar, Pengurus Pembinaan :016-5670077
Hanita Harun, Pengurus Perhubungan Awam :013-5755667
-->