Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, adalah dimaklumkan bahawa terdapat lanjutan lencongan laluan di Jalan Meru dan Jalan Raja Bot, Klang, untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan talian telco (Time Dot Com) untuk LRT3 yang akan bermula dari 8 September sehingga 29 Oktober 2018 selama 51  hari.

Lencongan laluan adalah seperti berikut:

Lencongan laluan di Jalan Meru, Klang: 8 September – 29 Oktober 2018 (24 Jam)

Laluan paling kiri di Jalan Meru bermula dari Panasonic Galaxy Strength Sdn Bhd sehingga Pemborong Klang Li & Co Sdn Bhd akan ditutup (menghala Klang/Banting). Pengguna jalan raya yang ingin menuju masuk ke Jalan Pasar Baru akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU dalam peta di bawah.

 

Lencongan laluan di Jalan Raja Bot, Klang: 8 September – 29 Oktober 2018 (24 Jam)

Laluan paling kiri bersebelahan SMK Tinggi Klang di Jalan Raja Bot akan ditutup sementara. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Jalan Meru (menghala Setia Alam) akan dilencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU dalam peta di bawah.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:

Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                  : 012 – 232 3782

Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam                                                                                        : 017 – 388 9357

-->
Translate »